fbpx

76 kes varian baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 76 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan bermula 2 Julai lalu hingga hari ini.

Ia melibatkan 75 kes Variant of Concern (VOC) manakala satu kes Variant of Interest (VOI).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 75 kes VOC tersebut terdiri daripada 48 kes varian Beta (B.1.351) dan 27 kes varian Delta (B.1.617.2) manakala, satu kes VOI pula adalah varian Theta (P.3).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 293 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 273 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan sehingga kini, terdapat sebanyak 195 kes varian Beta, 67 kes varian Delta dan 11 kes varian Alpha bagi VOC, manakala terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta bagi VOI,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan lampiran kes varian baharu yang dilaporkan itu, 76 kes tersebut melibatkan Sarawak (39 kes), Pahang (lapan kes), Melaka dan Selangor (masing-masing enam kes) serta Labuan dan Terengganu (masing-masing lima kes).

Selebihnya, Johor (dua kes) serta Perak, Perlis, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (masing-masing satu kes). -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI