fbpx

Sammy Simorangkir kasihankan si penceroboh rumahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMMY SIMORANGKIR

BEKAS vokalis kumpulan Kerispatih, Sammy Simorangkir bersama isterinya, Viviane berdepan detik cemas selepas kediaman mereka diceroboh individu tidak dikenali bertujuan untuk mencuri.

Menurut Sammy, kejadian disedarinya menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan kehadiran seorang lelaki bertopeng berada dalam pekarangan rumahnya.

“Lelaki itu memakai hoodie (penutup kepala) serta topeng dan menghampiri kereta milik saya.

“Menerusi rakaman CCTV, lelaki tersebut dilihat cuba menanggalkan cermin sisi kereta untuk dicuri, namun gagal,” kata Sammy.

Pencuri tersebut kemudiannya dilihat beredar meninggalkan kediaman tersebut tidak lama kemudian.

Biarpun rumahnya diceroboh penjenayah, Sammy dan isterinya enggan membuat laporan polis kerana lelaki tersebut tidak berjaya mengambil apa-apa barangan miliknya.

“Lagi pun sekarang ramai yang mengalami masalah ekonomi disebabkan Covid-19. Saya tidak mahu mereka menjadi bertambah susah,” kata Sammy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI