GARA-GARA sering berkongsi gambar dengan penampilan seksi dalam Instagram, penyanyi yang juga model Kannaya Syakila selalu disalah anggap sebagai perempuan murahan.
Ujar Kannaya, dia sering menerima kiriman mesej daripada lelaki yang mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.
“Saya pernah beberapa kali diajak lelaki ‘gatal’ untuk berkenalan dan melakukan hubungan yang tidak sepatutnya. Tetapi saya menolaknya dengan baik.
“Bahkan ada yang sanggup mahu membayar saya sejumlah wang yang besar,” katanya.
Kannaya tidak melihat foto-fotonya dikongsikan dalam Instagram terlalu seksi kerana semua itu demi pekerjaan.
“Saya profesional dan tidak akan melakukan perkara salah demi nama baik keluarga,” katanya.