fbpx

Ramai masih lepaskan lembu berkeliaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompaun yang dikenakan kepada salah seorang penternak lembu.

KUALA SELANGOR – Sebanyak enam kompaun dikeluarkan dengan empat ekor lembu ditangkap sepanjang tahun ini selepas didapati pemiliknya melepaskan haiwan tersebut tanpa jagaan.

Yang Dipertua Daerah Kuala Selangor (MDKS), Rahilah Rahmat berkata, kompaun RM1,000 dikenakan selepas pemantauan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS mendapati masalah tersebut masih berlaku walaupun sering diberikan peringatan.

Katanya, tindakan tersebut mengakibatkan haiwan ternakan mereka memasuki laluan awam dan kawasan perumahan.

“Lokasi yang dikenalpasti sering terjadi pemasalahan tersebut adalah di Bestari Jaya, Jeram dan Saujana Utama.

“MDKS dalam perbincangan bersama Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor untuk proses tindakan yang lebih tegas kepada penternak yang masih ingkar,” katanya.

Beliau, memberitahu papan tanda amaran menjaga lembu dan kerbau turut telah dipasang di 10 kawasan untuk memberi peringatan kepada penternak.

Tambah Rahilah, semua lembu yang ditangkap atau disimpan di tempat kurungan khas hanya boleh dituntut pemiliknya selepas membayar kesemua kos sitaan dan jagaan mengikut Seksyen 4(4) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971.

“Penternak juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5 (1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 kerana membiarkan lembu berkeliaran tanpa kawalan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda maksimum
RM 1,000,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI