fbpx

5,000 petugas ditambah di Lembah Klang, N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah kira-kira 5,000 petugas atau sukarelawan untuk menyokong penyampaian perkhidmatan menangani pandemik Covid-19 di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, selain petugas tetap dan kontrak yang telah ditempatkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, KKM telah menambah segera 1,190 petugas kesihatan di tiga negeri itu.

“Seramai 417 petugas kesihatan dari negeri lain sudah digerakkan ke Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dalam usaha membantu dan memperkasakan kesihatan awam.

“Bagi menyokong perkhidmatan sedia ada, kita juga akan menambah lebih kurang 5,000 petugas atau sukarelawan untuk Lembah Klang dan Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang akhbar berkaitan Pengurusan Pandemik Covid-19 di Lembah Klang secara maya hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI