fbpx

67 premis gagal patuh SOP diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 67 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penutupan itu dibuat hasil pemeriksaan ke atas 2,285 buah kilang, 16,822 premis perniagaan, 1,015 tapak pembinaan dan 456 buah asrama penempatan pekerja.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 90,214 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,245 orang.

“Ia susulan pengumuman kerajaan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan semalam turut menahan 416 individu atas kesalah ingkar SOP.

“Daripada jumlah itu, seramai 372 individu dikompaun manakala 44 lagi direman,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI