fbpx

Umie Aida rayu sumbangan baju pesakit kanak-kanak di IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMIE Aida menyeru orang ramai yang mempunyai pakaian terpakai yang tidak digunakan untuk disumbangkan kepada pesakit di wad Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN).

PETALING JAYA – Aktres Datin Paduka Umie Aida memohon kepada orang ramai yang mempunyai pakaian kanak-kanak terpakai berusia antara dua hingga lima tahun untuk menyumbangkannya kepada pesakit kanak-kanak di wad Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN).

Umie yang juga merupakan sukarelawan di IJN berkata, dia terpaksa meminta sumbangan daripada orang awam memandangkan terdapat pesakit yang datang dari luar Kuala Lumpur termasuk Sabah dan Sarawak memerlukan pakaian untuk dipakai di hospital.

“Sebagai sukarelawan di IJN, saya ingin memohon sekiranya ada antara jemaah (orang awam) yang mempunyai baju-baju anak-anak atau cucu berumur antara dua hingga lima tahun yang tidak digunakan (terpakai) untuk disumbangkan kepada pesakit kanak-kanak di wad Pediatrik IJN,” kata Umie.

Jelas pemilik nama sebenar Umi Khalsum Rahmad Ali itu lagi, dia tidak dapat membeli pakaian baharu untuk pesakit kanak-kanak yang memerlukannya memandangkan kedai-kedai menjual pakaian masih ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jelasnya lagi, terdapat dalam kalangan keluarga kanak-kanak itu kurang berkemampuan untuk menyediakan pakaian bagi anak mereka selepas pembedahan atau ketika menerima rawatan di wad.

“Tolong hubungi saya jika anda mempunyai pakaian sesuai terutama jenis ada butang di hadapan kerana mudah dipakai oleh pesakit,” katanya.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh menghubungi nombor telefon 012-202 2158 (Norin) atau 012-203 5262 (Anita). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI