fbpx

Sultan Selangor ulang gesaan tambah vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin (kanan) ketika berkenan menerima menghadap Miszairi di Istana Bukit Kayangan, hari ini.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengulangi gesaan kepada pihak bertanggungjawab dalam pengagihan vaksin di seluruh negara supaya menambah jumlah pemberian vaksin dengan kadar segera di Selangor.

Baginda bertitah, ini agar nisbah peratusan selari dengan jumlah populasi dan jumlah kadar jangkitan wabak di negeri ini.

“Memandangkan terdapat banyak kilang dan perindustrian di Selangor, maka pemberian vaksin kepada pekerja-pekerja kilang harus disegerakan.

“Ini sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok,” titahnya menerusi laman Facebook rasmi, Selangor Royal Office hari ini.

Pada 8 Jun lalu, Sultan Sharafuddin pernah bertitah berharap Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) mempercepatkan dan menambah bilangan dos vaksin untuk rakyat negeri Selangor.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menasihatkan seluruh umat Islam agar menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana di kediaman masing-masing dan tidak pulang ke kampung atau keluar dari daerah masing-masing.

Baginda bertitah tidak mahu jangkitan Covid-19 terus merebak sebagaimana yang berlaku semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

“Tambahan pula, kes ‘sporadik’ Covid-19 kini semakin tinggi dalam komuniti.

“Beta meminta sekalian rakyat agar berkorban kerana keadaan wabak Covid-19 masih meruncing, dengan jumlah kes baharu di Selangor yang melebihi 4,000 kes sehari dan jumlah kematian keseluruhan yang kini mencecah 2,063 orang,” titah baginda.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Timbalan Mufti Selangor yang baharu, Prof. Madya Dr. Miszairi Sitiris di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini.  -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI