fbpx

Enam PATI ditahan bersama syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam PATI tersebut ditahan PGA Briged Sabah, semalam. /FOTO IHSAN PGA SABAH

KOTA KINABALU – Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah dalam serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Ladang Terap, Mamahat, Beluran, dekat sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 petang itu, operasi melalui Pegawai Pemerintah Batalion (BN) 20, PGA, Asisten Komisioner Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa turut merampas dadah jenis syabu.

Komander Briged Sabah PGA , Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, hasil risikan dan maklumat mendapati rumah berkenaan didiami oleh sekumpulan PATI.

“Kita berjaya menahan enam lelaki berusia 16 tahun sehingga 60 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut menemukan satu beg silang berisi tiga balutan plastik ketulan hablur dipercayai dadah jenis syabu, namun tiada yang mengaku sebagai pemilik barangan itu.

“Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing menunjukkan hanya seorang daripada PATI yang ditahan positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, menerusi operasi berasingan, Bn 14 PGA Tawau turut menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah yang berusia 43 tahun selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di Simpang 3, Kampung Apas.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui sembilan paket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 6.62 gram yang dianggarkan bernilai RM810 daripada suspek,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI