fbpx

7 cedera nahas belon istana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman pengunjung ketika nahas istana gelembung yang melayang ke udara di Belarus. - east2west news

MINSK, Belarus – Kekecohan berlaku di tapak sebuah festival di Belarus apabila tiga permainan belon istana kanak-kanak tercabut dari pemegang dan melayang setinggi 9 meter ke udara, lapor akhbar Mirror kelmarin.

Insiden ngeri itu mengakibatkan empat kanak-kanak dan tiga orang dewasa cedera, manakala  pasukan tentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa..

Salah seorang saksi bernama Alesya berkata,  dia melihat seorang kanak-kanak lelaki tercampak keluar dari istana tersebut.

“Salah satu belon istana itu ‘terbang’ melintasi pengunjung dan jatuh di sebalik pagar tapak festival menyebabkan mangsa terhumban ke atas beberapa khemah.

“Sangat mengerikan apabila melihat kanak-kanak itu tercampak keluar tetapi mangsa seperti tidak mengalami kecederaan parah,” ujarnya.

Seorang lagi saksi berkata, kejadian itu berlaku sekelip mata dan berpunca daripada angin kencang yang mencabut ‘kaki’ istana yang dipacak ke tanah.

Kesemua mangsa yang cedera kini  dirawat di Hospital Daerah Tengah Shklov dan seorang kanak-kanak perempuan dihantar untuk pemeriksaan imbasan otak di Hospital Kanak-kanak Wilayah Mogilev.

Satu siasatan oleh pihak berkuasa telah dijalankan bagi menyiasat punca kejadian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI