fbpx

Arab Saudi wajibkan dos ketiga buat penerima vaksin Sinopharm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota pasukan epidemiologi kementerian kesihatan Jordan, membuat saringan Covid-19 ke atas pengunjung yang meninggalkan masjid Raja Abdullah I selepas solat Jumaat di Amman pada 18 Disember 2020. - AFP

AMMAN, Jordan – Kementerian Luar Negeri dan Hal Ehwal Ekspatriat di Jordan mengesahkan bahawa Riyadh bersetuju membenarkan rakyatnya yang menerima pelalian Sinopharm memasuki Arab Saudi tetapi mereka perlu memenuhi syarat khas, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Syarat tersebut adalah mereka perlu menerima dos penggalak atau dos ketiga membabitkan  mana-mana vaksin yang diluluskan Riyadh.

Menurut Kementerian Luar Jordan, Arab Saudi menetapkan bahawa tempoh pengambilan dos ketiga adalah 14 hari sebelum tarikh perjalanan melalui jalan darat.

Tempoh tersebut memberikan masa yang cukup kepada pelawat untuk mendapatkan sijil vaksinasi yang disahkan oleh pihak berkuasa Jordan.

Kumpulan tersebut juga perlu membuat pendaftaran melalui platform online Arab Saudi,  72 jam sebelum tarikh ketibaan dan memuat turun aplikasi Tawakkalna.

Arab Saudi telah mengemas kini sistem pendaftaran portal pengiktirafan vaksin untuk pelancong luar dan penduduk tempatan dengan memasukkan vaksin Sinopharm China dalam senarai kelulusan bersyarat.

Kerajaan Arab Saudi juga mengemas kini prosedur lawatan ke  negara itu dan mengizinkan kemasukan mereka yang menerima vaksin Sinopharm atau Sinovac buatan China, namun kumpulan terbabit memerlukan dos ketiga sama ada daripada vaksin AstraZeneca, Pfizer, Moderna, atau Johnson&Johnson. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI