Oleh LIYANA RAMLI
IPOH – Lebih ramai dikesan menjadi gelandangan di bandar ini sejak Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) 3.0 kerana kehilangan pekerjaan atau punca pendapatan berkurangan.
Majoritinya adalah kelompok yang menerima gaji harian dan tiada punca pendapatan apabila tidak boleh bekerja.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin berkata, walaupun bilangannya masih rendah tetapi langkah-langkah sewajarnya sentiasa diambil bagi memastikan mereka tidak terpinggir.
“Ada sesetengah menyewa bilik atau rumah tetapi kerana tidak dapat membayar sewa, mereka terpaksa menjadi gelandangan.
“Ini antara kelompok yang kita selamatkan dan ditempatkan di Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Sementara di bandar ini,” ujarnya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929