fbpx

Jemaah haji jangan bimbang terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menandatangani buku lawatan di Surau Al-Faizin,Taman Serai Permai hari ini.

BAGAN SERAI – Jemaah haji di negara ini digesa menerima vaksin sedia ada yang diberikan oleh kerajaan susulan pengiktirafan lebih banyak jenis vaksin oleh kerajaan Arab Saudi.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Arab Saudi kini telah mengiktiraf enam jenis vaksin bagi Covid-19 iaitu Pfitzer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Jansses, Sinopharm dan Sinovac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kesempatan itu harus diambil oleh jemaah umrah dan haji untuk menerima vaksin yang dibekalkan.

Menurutnya, kerajaan Malaysia akan mengguna pakai pengumuman tersebut sebagai kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi.

“Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana beri ruang luas kepada penerima vaksin. Saya mengambil kesempatan kepada bakal jemaah khususnya umrah dan haji untuk mengambil vaksin yang telah diberikan kerajaan Malaysia bagi menghadapi Covid-19.

“Dengan kenyataan dikemukakan Arab Saudi, saya merasakan tak ada lagi masalah untuk kita ambil sinovac bagi menyekat alasan untuk diizinkan ke Mekah,” katanya kepada pemberita di Program Musa’adah 3.0 di Surau Al-Faizin, Taman Serai Permai di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI