fbpx

Nora Danish relaks saja suntik Sinovac, netizen puji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH

PETALING JAYA – Keterbukaan dan sikap tidak selektif pelakon jelita Nora Danish dalam soal penerimaan vaksin dipuji ramai peminat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Nora berkongsi perkhabaran bahawa dia selamat menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti UCSI semalam.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya membanjiri ruangan komen dengan pujian pelakon itu kerana tidak memilih jenis vaksin yang diberikan kepadanya walaupun berstatus artis terkenal dan menantu kepada orang kenamaan (VIP).

“Alhamdulillah tidak memilih vaksin. Tenang sahaja ambil vaksin Sinovac,” komen salah seorang pengguna Instagram.

“Tak ada pun merungut nak vaksin jenis Pfitzer,” kata seorang lagi pengikutnya.

Dalam satu hantaran menerusi InstaStory miliknya, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Puteri itu memberitahu bahawa dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin dos pertama.

“Selepas disuntik, alhamdulillah tidak ada sebarang kesan sampingan. Tangan pun tidak lenguh. Rasa lebih bertenaga dan rajin,” katanya.

Sekadar info, pada Ahad lalu, penyanyi dan juga pengacara, Ifa Raziah telah dikecam netizen selepas bertindak membatalkan temu janji vaksin selepas mendapat tahu dia akan menerima vaksin jenis Sinovac dan bukannya Pfitzer.

Ujar Ifa, dia bukan sengaja mahu berbuat demikian, namun tindakan tersebut diambil memandangkan vaksin jenis Pfizer sahaja dirasakan sesuai untuk diri dan penyakit yang dihidapinya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI