fbpx

Ayam segar RM10 seekor laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azli dan Siti Nor menjual ayam pada harga RM10 seekor

KUALA PILAH – Sepasang suami isteri menjual ayam segar RM10 seekor bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat pendemik Covid-19 di Kampung Melang Seberang, di sini.

Ini merupakan kali kedua Azali Azwan, 31, dan Siti Nor Abdul Ghani, 31, menjual ayam yang setiap seekor seberat 1.7 hingga 2 kilogram (kg) dengan harga RM10.

Menurutnya, dia bercadang untuk melanjutkan harga itu hingga sambutan Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan.

“Pada Ahad lalu, sebanyak 300 ekor ayam terjual dan hari ini kami meningkatkan ayam kepada 400 ekor bagi memberi peluang lebih ramai penduduk dapat membelinya dengan harga yang jauh lebih murah.

“Penduduk dinasihatkan supaya menempah dahulu bagi mengelakkan stok habis,” katanya ketika ditemui di Kampung Melang Seberang, di sini, pagi tadi.

Azali berkata, dia serta isteri ingin mengamalkan konsep keberkatan walaupun untung yang diperoleh tidak seberapa. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI