fbpx

Presiden UMNO didakwa langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Annuar di laman Twitternya semalam.

PETALING JAYA – Tular di laman Twitter gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gambar yang dikongsi di laman Twitter milik Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa itu memaparkan Ahmad Zahid sedang menikmati hidangan bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sebuah restoran.

Turut kelihatan gambar yang didedahkan Menteri Wilayah Persekutuan itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, namun tidak dinyatakan dengan jelas lokasi dan tarikh gambar itu diambil.

Annuar menerusi akaun Twitternya @AnnuarMusa turut meninggalkan satu ciapan pada gambar tersebut.

“Makan sedulang memang sedap. Lebih-lebih lagi kalau dapat dining di restoran musim PKP,” ciapnya semalam.

Susulan penyebaran gambar itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pemimpin politik yang kini dilihat kerap melanggar SOP PKP.

“Tak tahu pulak waktu PKP ni dh boleh dine in,” tulis @chineseyaww.

Turut meninggalkan komen pada ciapan tersebut adalah seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai @naknutellapods.

“Dekat rumah menteri masing-masing takde pinggan ke sampai ke makan sama2 dalam talam?

Kosmo! semalam melaporkan Annuar dikenakan kompaun RM2,000 hari ini ekoran melanggar SOP PKP dengan mengunjungi bekas perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi di kediamannya, Sabtu lalu.-K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI