fbpx

Ramai kongsi momen pahit guna kurier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ramai pembaca berkongsi pengalaman pahit menggunakan perkhidmatan kurier berikutan pendedahan berita muka hadapan Kosmo! mengenai aduan yang kerap diterima melibatkan syarikat penghantaran barang hari ini.

Tinjauan di ruangan komen Facebook Kosmo! mendapati, kebanyakan pengguna menerima nasib serupa sama ada barang yang dipesan hilang atau tidak sampai seperti yang diharapkan.

“Mereka peram barang aku sejak 8 Julai. Dalam bungkusan itu ada keropok lekor Terengganu. Aku rasa keropok lekor itu sudah jadi ikan semula,” gurau pemilik akaun bernama Mohd Hasri.

“Perasan juga setiap bungkusan kotak seperti ditebuk untuk tengok apa yang ada dalam bungkusan. Tetapi hakikatnya saya banyak beli makanan untuk haiwan jalanan sahaja,” kongsi Azrina Mazlin.

“Baru seminggu kena berlaku pada diri sendiri. Keluarga di kampung kirim asam keping tetapi kotak ditukar dengan ubat gigi dan span basuh pinggan. Sudah buat aduan Alhamdulillah akhirnya dapat semula barangan itu,” kata Sakinah Mohd Rashid.

Seorang pengguna media sosial berkata, masalah seumpama itu bukan masalah baharu sehingga terdapat kumpulan khas diwujudkan untuk pengguna terutamanya yang ingin mengadu masalah yang dihadapi mereka.

“Tidak perlu berkias-kias. Semua orang tahu kurier apa. Siap ada kumpulan Facebook lagi untuk tahu kurier itu buat hal apa hari ini,” ulas Amirrul Mohamad.

“Bungkus ular atau katak biar semasa mereka buka terus haiwan itu melompat-lompat keluar. Geram sungguh,” komen Norlia Omar.

Dalam pada itu, ada juga pengguna mencadangkan syarikat kurier menambah pekerja serta memilih petugas secara teliti memandangkan perkhidmatan itu sangat diperlukan pada masa sekarang.

“Tambahlah pekerja. Sudah tahu ramai orang menggunakan perkhidmatan kurier. Bagaimana lagi mahu jadikan perkhimdatan cekap dan pantas,” ujar Martha Carrmen.

“Tiada integriti dan amanah. Pihak kurier perlu pastikan semua perkara ini sebelum pengambilan pekerja. Jangan tangkap muat dan kira asalkan ada orang yang boleh hantar. Nanti diri sendiri rugi,” komen Be Wan. – K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI