fbpx

Remaja OKU sindrom down teruja suntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Hassan (kiri) memberi kata-kata semangat kepada Muhammad Aiman sebelum dia menerima suntikan vaksin Covid-19. Foto : YATIMIN ABDULLAH

PASIR PUTEH – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) sindrom down bersemangat dan ceria untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di Masjid Mukim Padang Pak Amat di sini hari ini.

Remaja berkenaan Muhammad Aiman Che Mat Ramin, 19, dari Kampung Padang Pak Omar, Selising di sini tidak menunjukkan sebarang reaksi takut malah kelihatan teruja untuk menerima suntikan itu.

Ibunya, Zabedah Abdullah, 62, mengakui bahawa Muhammad Aiman sudah bersiap sedia untuk menerima suntikan itu sebaik sahaja dihubungi oleh pihak pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) baru-baru ini.

Katanya, suntikan itu merupakan ikhtiar terbaik dalam melindungi anaknya daripada terkena jangkitan Covid-19.

“Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberikan keutamaan kepada anak-anak OKU untuk menerima suntikan ini.

“Suntikan ini pastinya melegakan saya dan keluarga dalam usaha untuk melindungi Muhammad Aiman,” katanya ketika ditemui pemberita di PPV bergerak di Masjid Mukim Padang Pak Amat di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI