fbpx

Zuraida mahu Bella dapat pembelaan sewajarnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella (kiri) dipercayai didera di sebuah rumah kebajikan.

PETALING JAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berharap pelaku yang bertindak melakukan penderaan terhadap remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella mendapat pembelaan sewajarnya.

Zuraida dalam satu kenyataan hari ini menyifatkankan tindakan individu yang terlibat adalah tidak berperikemanusiaan dan wajar mendapat hukuman setimpal.

“Kesan penderitaan Bella akibat didera dalam paparan video yang kini tular di laman sosial sangat menyayat hati dan meruntun jiwa.

“Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga amat terkesan melihat paparan video dan foto-foto yang menunjukkan nasib malang remaja kelainan upaya ini,” katanya.

Beliau turut mendoakan Bella agar lekas sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan kembali ceria.

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin dan peka terhadap keadaan sekeliling.

“Saya difahamkan warganet menggunakan #JusticeforBella bagi terus memberi kesedaran kepada semua pihak. Semoga usaha ini beroleh kerjayaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI