PUTRAJAYA – Seramai 204 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam disahkan positif Covid-19.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata keputusan diperoleh selepas saringan beramai-ramai pada 10 Julai lalu.
Katanya, orang ramai yang hadir untuk vaksinasi di IDCC Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta melaksana kawalan kendiri selama 10 hari.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, PPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini berikutan kes positif Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugasnya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929