fbpx

Industri kreatif lumpuh, kempen ‘Apa Khabar Anak Seni’ dicanang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMPEN #apakhabaranakseni memula membanjiri media sosial malam tadi.

PETALING JAYA – Menjadi antara industri yang hampir lumpuh sepenuhnya disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai karyawan dan anak seni negara yang berkecimpung dalam industri kreatif menzahirkan luahan rasa hati menerusi kempen yang dinamakan, ‘Apa Khabar Anak Seni’.

Antara anak seni yang mula ‘bersuara’ ialah Sharifah Amani, Beto Kusyairy, Nadhir Nasar dan pemain teater, Fazleena Hishamuddin.

Bagi Amani, 35, sejak kebelakangan ini semua ramai yang terkesan dan itu membuatkan dirinya membantu orang lain semampu yang mungkin.

“Ada yant boleh berkarya, ada (macam saya) payah sikit nak jumpa ilham. Tapi saya menyibukkan diri membantu semana yang saya boleh. Apabila bantu orang lain, saya rasa ringan.

“Saya percaya sebagai seorang anak seni, tugas kita lebih daripada hiburan sahaja. Kita bikin cerita supaya satu hari nanti generasi masa depan boleh belajar sesuatu daripadanya,” tulisnya dalam Instagram dengan tanda pagar #ApaKhabarAnakSeni.

Pelakon berkaliber, Beto Khusyairy memuat ciapan penuh bermakna sebagai tanda sokongan terhadap kempen berkenaan.

Kepada anak-anak seni, di depan mahupun sebalik tabir, andai sedang sesak dan lemas, gapailah tanganmu. Kerana ada dalam kalangan kita yang akan menyambutnya,” tulisnya ringkas dalam Twitter.

Pelakon muda berbakat besar, Nadhir Nasar tidak ketinggalan menzahirkan sokongan terhadap kempen yang sama.

“Semoga kalian pekerja Industri kreatif sihat! InsyaAllah sama-sama kita ambil inisiatif ini untuk bertanya khabar.

“Yang dibaja harapnya subur, makin hari penglihatan pula kabur, tetapi bagai tebing dan juga aur, kita jaga kita sebagai penghibur,” ciap Nadhir.

Seperti membawa semangat kebanyakan pencinta seni, ‘orang kuat’ teater negara, Fazleena melahirkan rasa kerinduan terhadap aktiviti-aktiviti berkaitan industri kreatif.

“Rindu pergi event, tengok wayang, nonton teater, pergi muzium, lawat pameran, ‘sing along’ di konsert, layan gig, diskusi di forum, bersosial di bazar, gathering lepas acara, shooting, rehearsal, post mortem, sembang-sembang untuk projek seterusnya. Hang in there (bertahan semua),” ciapnya.

Kempen Apa Khabar Anak seni merupakan satu inisiatif Deligasi Anak Seni (DAS). Kempen berkenaan bertujuan dalam mengeratkan silaturrahim dan bertanya khabar pekerja industri kreatif terutamanya sewaktu era pandemik sekarang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI