fbpx

Kilang proses minyak sawit dikompaun RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan dibuat negeri Johor mendapati sebuah kilang melepaskan efluen perindustrian tidak terawat di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor kelmarin. Foto IHSAN JAS

JOHOR BAHRU – Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pemprosesan minyak sawit di kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini dikompaun RM4,000 kerana melepaskan sisa buangan tidak terawat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Johor berkata, aktiviti itu dikesan ketika JAS cawangan Pasir Gudang menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran dilakukan kelmarin.

Katanya, penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan pihak premis mematuhi sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Tambahnya, pemantauan pencemaran juga dibuat bagi memastikan pihak premis mematuhi Akta 342 semasa tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan mendapati sebuah premis berasaskan aktiviti pemprosesan minyak sawit gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

“Dua tawaran kompaun bernilai RM4,000 telah dikeluarkan dengan serta-merta atas kesalahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI