PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat setelah divaksinasi selama tujuh hari.
KKM menerusi satu hantaran di media sosial rasminya berkata, selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, anda dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal berat selama seminggu.
“Antara contoh aktiviti fizikal berat ialah sukan melibatkan bola atau raket, berbasikal, angkat berat, berlari atau berjogging serta berenang.
“Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga selanjutnya wajar diambil oleh individu selepas menerima suntikan vaksin Covid-19,” katanya.
Jelasnya, jika individu mengalami gejala seperti sesak nafas, sakit atau ketat dada akut serta jantung berdebar selepas divaksin sila ke klinik atau hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan susulan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929