fbpx

Go-eCommerce Onboarding tawar inisiatif RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan Shopee mendapat pelbagai manfaat daripada program yang ditawarkan untuk merancakkan industri e-dagang. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Shopee menawarkan program Go-eCommerce Onboarding bernilai RM3,000 kepada kira-kira 60,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menurutnya, terdapat dua pakej yang ditawarkan kepada usahawan sedia ada yang melibatkan pemberian baucar pulangan tunai syiling Shopee bernilai RM2,500 untuk kedai dan rebat yuran perkhidmatan bernilai sehingga RM500.

Pakej untuk penjual Shopee baharu pula berupa baucar pulangan tunai syiling Shopee bernilai RM1,500 untuk kedai dan rebat yuran perkhidmatan bernilai sehingga RM1,500.

“Kedua-dua manfaat yang ditawarkan ini bakal menggalakkan rakyat membeli daripada penjual baharu.

“Ia sekali gus mampu memacu jualan mereka terutama pada peringkat awal berada di Shopee.

“Bagi penjual sedia ada pula, inisiatif ini akan dapat membantu mereka mengekalkan a­liran tunai melalui jualan ekoran impak daripada pandemik Co­vid-19,” katanya.

Selain itu, Shopee menerangkan, program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif e-dagang Penjana tahun lalu yang dikenali sebagai Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS sebelum dijenamakan semula kepada Go-eCommerce Onboar­ding.

Jelas syarikat, lebih daripada 40,000 PMKS telah didigitalkan melalui kempen yang telah berlangsung dari bulan Julai hingga September tahun lalu.

“Melalui program berkenaan, PMKS yang mengambil bahagian berjaya mencatatkan peningkatan jualan harian sebanyak 158 peratus setelah menerima manfaat yang ditawarkan syarikat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI