fbpx

Azizulhasni sedia berentap dengan Jason Kenny

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI (kiri) dan Kenny masing-masing merupakan seteru dalam trek basikal dan kedua-dua mereka bakal bertembung lagi pada Sukan Olimpik Tokyo, 2022 bermula 23 Julai ini. – AFP

JAGUH berbasikal trek negara, Muhammad Azizulhasni Awang sedar cabaran sukar perlu diharungi pada Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Nama besar seperti Yuta Wakimoto, Harrie Lavreysen serta pemenang enam emas Olimpik, Jason Kenny mampu menggugat peluang atlet berusia 33 tahun itu untuk memenangi pingat buat negara.

Bagaimanapun, bekas juara dunia itu mengakui, dia berada dalam keadaan terbaik ketika ini dan sudah bersedia untuk berdepan barisan pencabar, terutamanya Kenny.

“Sudah tentu saya sangat teruja dan tidak sabar untuk berlumba dengan Kenny kerana perlumbaan dengannya sentiasa menjadi aksi yang sangat mencabar dan menyeronokkan.

“Semua orang tahu dia sudah banyak kali menang emas O­limpik, namun jika dilihat pada prestasinya pada kejohanan dunia di Berlin, tidak nampak gah seperti dahulu,” katanya.

Meskipun aura Kenny sudah tidak gah lagi, namun Azizulhasni menegaskan, ancaman pelumba Britain itu tidak boleh diambil mudah kerana me­nganggap setiap atlet sudah me­lakukan persediaan terbaik.

Dia percaya, pasukan Bri­tain menggunakan pendekatan sama seperti Malaysia iaitu memberi penekanan agar atlet mencapai prestasi kemuncak pada kejohanan-kejohanan besar seperti Olimpik.

“Saya percaya Britain gunakan format sama seperti kita dengan memastikan atlet tampil terbaik pada kejohanan utama. Apa yang boleh kita lakukan adalah menganalisis strategi,” tambah Azizulhasni.

Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman itu turut menegaskan, dia sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal selain percaya sudah menemui ramuan terbaik untuk menjadi pencabar utama di Tokyo nanti.

“Semangat saya sentiasa membara, tidak kira pada mana-mana kejohanan sekali. Kami juga kenal pasti apa yang perlu diperbaiki bagi memastikan prestasi di Tokyo mencapai kemuncak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI