fbpx

Empat ditahan pasang bendera terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB KHAN

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus kilang antara empat individu ditahan polis kerana kesalahan memasang bendera Malaysia dan bendera Johor secara terbalik di Kawasan Perindustrian Tebrau, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiga yang lain merupakan seorang pegawai sumber manusia berusia 29 tahun, kerani logistik dan pekerja warga Bangladesh berusia 25 dan 35 tahun.

Menurutnya, pihaknya tidak akan menerima sebarang alasan berhubung kesalahan ini kerana negara sudah merdeka selama 63 tahun.

“Berdasarkan maklumat diterima orang awam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Dato’ Onn telah melakukan pemeriksaan di kilang berkenaan pada pukul 2.07 petang.

“Pemeriksaan mendapati premis berkenaan memasang bendera Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik. Sehubungan itu polis bertindak menahan empat individu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner, Md. Yusof Ahmad. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI