fbpx

TFC bakal uji dua pasukan Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI (kiri) akan cuba menggunakan dua aksi pemanas sepanjang minggu ini untuk mendapatkan rentak kembali skuad TFC menjelang Liga Super disambung semula.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PASUKAN tangga kedua Liga Super, Terengganu FC (TFC) bakal diuji dua pasukan Liga Premier iaitu PDRM FC dan Kelantan United pada aksi pemanas badan sepanjang minggu ini.

Pengurus pasukan Sang Penyu, Zulfadli Rozi berkata, perlawanan persahabatan itu merupakan medan terbaik TFC kembali mendapatkan rentak sebelum saingan liga bersambung.

Menurutnya, semua pemain akan diberi peluang beraksi setelah kali terakhir membuat penampilan kompetitif bertemu Selangor pada 10 Mei lalu.

“TFC akan beraksi menentang PDRM FC pada 14 dan 15 Julai sebelum menerima kunjungan Kelantan United (18 Julai) sebagai persiapan pusingan kedua Liga Super.

“Memandangkan jadual agak padat, kami memerlukan semua pemain bersedia dan hanya aksi persahabatan boleh mengembalikan rentak pasukan,” katanya kepada Kosmo!.

Terdahulu TFC mengharungi perlawanan pemanas badan pertama menyaksikan skuad Sang Penyu tewas 0-2 kepada Penang FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus kelmarin.

Jaringan kemenangan skuad Harimau Kumbang disumbangkan menerusi sepakan penalti oleh Abdul Aziz Rahim pada minit ke-43 dan Jafri Firdaus Chew pada minit ke-79.

Zulfadli menambah, pemain tonggak TFC, Hakimi Abdullah, Muhammad Mohd Fauzi dan David Da Silva belum cergas 100 peratus, manakala Makan Konate pula sedang menjalani kuarantin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI