fbpx

Maqis rampas 27 tan kulit ayam sejuk beku dari Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kulit ayam sejuk beku dari Belanda dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth kelmarin.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas kira-kira 27 tan kulit ayam sejuk beku selepas melakukan pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini kelmarin.

Rampasan produk dari Belanda itu dibuat kira-kira pukul 11.50 pagi semasa pemeriksaan rutin ke atas sebuah kontena di tapak pemeriksaan.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dibuat selepas pihaknya mendapati produk dagangan itu tidak mematuhi syarat import sepertimana yang dinyatakan pada permit import Maqis.

“Kita merampas sebanyak 1,375 kotak kulit ayam sejuk beku gred A seberat 27,500 kilogram dalam satu kontena yang bernilai RM100,521.85.

“Kulit ayam tersebut adalah dipercayai untuk diproses menjadi produk makanan segera seperti sosej, nugget dan produk lain bagi pasaran negara ini dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI