fbpx

Guna lagu ‘dangdut’ untuk sampaikan nasihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang 'frontliner' menyanyikan lagu 'dangdut' nasihat kepada penduduk setempat.

PETALING JAYA – Pelbagai cara yang digunakan oleh ‘frontliner’ bagi menyampaikan pesanan dan nasihat kepada masyarakat berhubung penularan Covid-19 ketika ini.

Jika sebelum ini menggunakan ‘loghat’ dan juga bahasa penduduk setempat, namun menerusi satu video klip tular hari ini memaparkan seorang ‘frontliner’ menasihatkan penduduk dengan nyanyian.

Walaupun seakan-akan lagu ‘dangdut’, namun liriknya adalah berkaitan dengan nasihat supaya orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Selain dari itu, lirik lagu ‘dangdut’ itu turut menasihatkan agar orang ramai sentiasa duduk di rumah jika tiada urusan di luar dan janganlah mementingkan diri.

Klip video berdurasi satu minit 41 saat yang dikongsi di laman Facebook MyPage Media itu telah ditonton lebih 60,000 kali dan dikongsi oleh 382 orang pengguna.

Sementara itu, rata-rata orang ramai memuji pendekatan wanita terbabit dan berharap agar masyarakat lebih peka dengan peringkat dan arahan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa.

“Satu idea yang bagus, setelah di saman, nasihat cara halus dan kasar namun masih terdapat masyarkat yang ambil mudah.

“Mungkin dengan cara ni akan menarik perhatian dan sedikit meninggalkan kesan pada diri pendengar, tahniah,” ujar Ady Aris.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Mustcome LB.

“Ada orang memerlukan ketenangan, ada orang memerlukan keceriaan, ada orang memerlukan insaf diri mendekatkan diri kepada Allah, semua pendekatan masing-masing.

“Semua yang kita lakukan niat ke arah kebaikan. Insya-Allah, fikir yang baik-baik tak rugi,” katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI