fbpx

Hotel Jepun sedia lif berasingan buat rakyat dan peserta Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis pemberitahuan yang dilekatkan di hadapan lif hotel lima bintang di Tokyo, Jepun. - Reddit

TOKYO – Sebuah hotel lima bintang di Tokyo, Jepun telah menampal notis pemberitahuan ‘ rakyat Jepun sahaja’ dan ‘pelancong asing sahaja’  di hadapan lif berasingan di bangunan berkenaan dalam usaha memperketatkan kawalan Covid-19 menjelang temasya Sukan Olimpik, lapor agensi berita Kyodo, kelmarin.

Bagaimanapun, notis pemberitahuan itu ditanggalkan sejurus mendapat kritikan  orang ramai, demikian menurut pegawai hotel tersebut.

Menurut  kenyataan rasmi Akasaka Excel Hotel Tokyu, pihaknya tidak berniat mendiskriminasi pelancong asing dan pemisahan lif hanya bertujuan mengawal aliran keluar masuk pengunjung hotel.

“Tujuan notis pengasingan lif itu adalah bagi membezakan penginap untuk temasya Olimpik dan penduduk Jepun yang menginap di hotel sama.

“Terdapat empat lif yang disediakan bagi kategori penginap agar pihak hotel boleh mengawasi aktiviti keluar masuk mereka,” tulis kenyataan itu.

Langkah itu juga berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh jawatankuasa penganjur Olimpik dan Paralimpik untuk mencegah penyebaran Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI