fbpx

11 negeri berdepan amaran ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA- 11 negeri termasuk Sabah dan Sarawak berdepan ancaman ribut petir petang ini sekali gus menyebabkan beberapa kawasan di negeri terlibat bakal mengalami kejadian hujan lebat.

Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara negeri lain yang terlibat termasuklah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Ribut petir dan hujan lebat itu dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang ini,” katanya menerusi status yang dimuat naik MetMalaysia di laman sosial rasminya tadi.

Bagi negeri Perak, kawasan dijangka berdepan risiko ribut petir itu melibatkan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim manakala di Terengganu meliputi kawasan seperti Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu serta Marang.

Kawasan di Pahang pula melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI