fbpx

HAT Tuanku Mizan mula terima pesakit Covid-19 esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham (tengah) ketika melakukan tinjauan di DMZ HAT Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pagi tadi.

PETALING JAYA – Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan dijangka mula menerima pesakit Covid-19 Kategori 3 bermula esok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di hospital tersebut mampu menampung sebanyak 100 pesakit Kategori 3 dan 50 pesakit Kategori 4.

Beliau berkat, jika bantuan alat pernafasan untuk Kategori diperlukan, pesakit boleh dipindahkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) HAT Tuanku Mirzan.

“DMZ ini ditempatkan di parkir bawah tanah HAT Tuanku Mizan dan merupakan fasiliti sedia ada yang direka khas oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak pembinaannya 20 tahun lepas.

“DMZ ini dilengkapi bekalan oksigen berpusat, vacuum ports serta sistem pendawaian elektrik khas bagi tujuan kesiapsiagaan bencana biologi dan kimia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan tinjauan di DMZ hospital tersebut selepas menghadiri Mesyuarat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pagi ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI