fbpx

Foto bangkai pesawat kargo didedahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej kapal kargo jenis Boeing 737-200 milik Transair yang mendarat cemas 2 Julai lalu. - NTSB

HONOLULU, Hawaii – Penyiasat persekutuan bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NSTB) telah menyiarkan foto sebuah pesawat kargo jenis Boeing 737-200 yang membuat pendaratan kecemasan di atas permukaan laut  di Pulau Oahu Hawaii, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Bangkai Transair Flight 810 yang mendarat cemas 2 Julai lalu itu ditemui kira-kira 3 kilometer dari Pantai Ewa selepas juruterbang membuat pendaratan cemas di Lautan Pasifik. Kedua-dua anak kapal berjaya diselamatkan dalam insiden itu. 

Menurut NSTB, komponen utama iaitu bahagian belakang pesawat termasuk kedua-dua sayap dan ekornya dengan kedua-dua enjin dan bahagian hadapan pesawat ditemui di dasar laut pada kedalaman antara 109 meter hingga 128 meter.

Komponen utama pesawat ditemui di dasar laut pada kedalaman sekitar 128 meter. -NSTB

NTSB menambah, bangkai kapal itu berada terlalu dalam untuk membolehkan penyelam dihantar bagi mendapatkan rakaman suara kokpit.

Komponen pesawat itu dikesan menggunakan alat pengesan Side Scan Sonar dan Remotely Operated Vehicle.

Kru penerbangan itu melaporkan, terdapat masalah pada enjin pesawat yang dihasilkan pada 1975 itu dan merancang untuk berpatah balik sejurus selepas berlepas pada jam 1.33 pagi (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K Inouye, 2 Julai lalu.

Awal minggu lalu, juruterbang berusia 50 tahun yang mengalami kecederaan serius pada kepala itu dibenarkan keluar dari hospital, manakala punca sebenar kejadian masih misteri.

Dia bersama pembantu juruterbang diselamatkan oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat di luar pantai Hawaii, ketika mereka mengepung bungkusan dan ekor pesawat kargo Boeing 737 untuk bertahan.

Juruterbang tersebut melaporkan bahawa satu enjin pesawat telah mati. Laporan awal menunjukkan, ketinggian pesawat  tidak cukup untuk membolehkan mereka kembali ke Honolulu dan terpaksa membuat pendaratan cemas. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI