fbpx

Syria umum kenaikan gaji pekerja sektor awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar edaran laman Facebook rasmi Presiden Syria menunjukkan Presiden Syria, Bashar al-Assad menyampaikan ucapan di televisyen pada 28 Mei lalu. - AFP

DAMSYIK – Presiden Syria, Bashar Al-Assad mengumumkan kadar kenaikan gaji pekerja sektor awam sebanyak 50 peratus dan menetapkan gaji minimum berjumlah AS$28 (RM117) berbanding AS$18 (RM75) sebulan sebelum ini.

Menurut lakhbar Arab News semalam, langkah tersebut dilaksanakan bagi mengatasi krisis harga makanan dan minyak di negara itu yang semakin buruk selepas 10 tahun dilanda perang saudara serta sekatan dari negara Barat.

Beliau turut menaikkan kadar pencen sektor awam dan tentera sebanyak 40 peratus.

Melihat kepada pembaharuan kadar bayaran yang ketara itu, banyak pihak sangsi Damsyik mempunyai sumber  pendapatan mencukupi bagi menampung  kenaikan yang diumumkan.

Menurut seorang pakar ekonomi di Damsyik, pemerintah terpaksa menaikkan harga makanan dan minyak selagi krisis tersebut berlarutan.

“Pemerntah  memerlukan aliran wang masuk ke bank pusat dan sumber utama adalah jualan keperluan asas rakyat.

“Kini dengan kenaikan kadar gaji dan sebagainya, penduduk mungkin perlu membayar SYP£500 (RM1.66) untuk seliter diesel berbanding SYP£180 (RM0.60) sebelum ini,” jelasnya.

Wakil dari Syarikat Syria untuk Penyimpanan dan Pengedaran Produk Petroleum, Mustafa Haswiya berkata, 80 peratus keperluan hidrokarbon Syria dibeli dari luar negara menggunakan mata wang asing.

“Kenaikan harga minyak perlu bagi menanggung kadar import yang dibayar kerajaan,” katanya.

Akhbar harian Al-Watan mengatakan kenaikan bahan bakar diesel akan menyebabkan kenaikan biaya pengangkutan tempatan kepada lebih 26 peratus.

Ekonomi Syria meruncing sejak sedekad lalu hasil sekatan dari negara Barat, kegiatan rasuah berleluasa termasuk krisis ekonomi dan kewangan dengan negara jiran, Lebanon. Kali terakhir kenaikan gaji diumumkan adalah pada November 2019.

Hampir 80 peratus rakyat Syria hidup dalam kemiskinan dengan 60 peratus lagi tidak mempunyai bekalan makanan secukupnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI