LANGKAWI – Sebahagian struktur benteng pemecah ombak berhampiran Pangkalan Nelayan Chenang di sini runtuh dipercayai akibat ombak kuat petang tadi.
Satu video berdurasi 56 saat di Facebook menunjukkan keadaan benteng sepanjang 800 meter runtuh dan tidak boleh dilalui lagi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, benteng itu dipercayai pecah pada pukul 2 petang.
“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Langkawi memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berkunjung atau memancing di sekitar kawasan itu atas faktor keselamatan.
“Ribut petir dengan kelajuan angin sehingga 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dijangka berterusan hingga esok,” katanya di sini hari ini.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian tersebut. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929