SACRAMENTO, California- Gelombang haba yang melanda dua negeri di Amerika Syarikat (AS) iaitu California dan Nevada dilaporkan semakin serius, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.
Death Valley di California mencatatkan suhu tinggi 54.4 darjah celicius pada Jumaat lalu dengan suhu sama dijangka berterusan sepanjang minggu ini.
Menurut pakar iklim, kali terakhir Death Valley mencapai suhu dengan darjah kepanasan dalam julat itu adalah pada tahun 1913 iaitu 56.7 darjah celcius.
Sehingga kini, jutaan penduduk di negeri-negeri barat AS berada di bawah amaran suhu panas melampau.
Perkhidmatan Cuaca Nasional telah menasihati penduduk di negeri terjejas untuk membanyakkan minum air banyak air dan membuka pendingin hawa dalam kediaman mereka.
Anggota bomba di negeri-negeri terjejas turut berdepan kesukaran dalam kerja-kerja menyejukkan hutan apabila air yang diangkut menggunakan pesawat kering sebelum sempat disembur ke tanah.
Sementara itu, di negeri Nevada, penduduk dipindahkan dari kediaman mereka apabila berlakunya kebakaran hutan yang dicetuskan oleh pancaran kilat di Sierra Nevada.
Gelombang panas melampau menyaksikan lonjakan kes kematian secara tiba-tiba dan peningkatan jumlah pesakit di hospital akibat serangan strok haba.
Pakar mengatakan bahawa perubahan iklim menjadi punca kekerapan fenomena cuaca ekstrem seperti gelombang panas.
Namun begitu, sebarang kejadian yang berkaitan pemanasan global adalah sukar untuk dijelaskan. – Agensi