fbpx

UUM beri moratorium automatik kepada kakitangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) mengumumkan pemberian moratorium secara automatik selama lima bulan kepada semua kakitangan yang terlibat skim pinjaman khas ditawarkan universiti itu.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pelaksanaan moratorium bermula bulan depan hingga Disember depan itu adalah bagi membantu peminjam menguruskan aliran tunai masing-masing semasa tempoh mencabar ini.

Menurut Ahmad Bashawir, ini kali kedua moratorium diberikan kepada kakitangan terlibat setelah kali pertama dilaksanakan pada April hingga September tahun lalu.

“Pelaksanaan moratorium ini dibuat secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan untuk kelulusan.

“Kami berharap inisiatif ini mampu membantu peminjam dalam kalangan kakitangan universiti untuk berdepan cabaran pandemik Covid-19 sekali gus meringankan beban dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI