fbpx

Kerajaan yakin Arab Saudi iktiraf semua vaksin jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kiri) berbual dengan Syarifah Aini ketika menyampaikan sumbangan Inspirasi Qaseh Yapeim di Kampung Tok Ku, Sering, Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan yakin bahawa Arab Saudi akan mengiktiraf jenis vaksin yang diterima bakal jemaah haji dari negara ini yang selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk melakukan perundingan dengan kerajaan Arab Saudi berhubung isu tersebut.

“Insya-Allah dalam masa terdekat kerajaan Arab Saudi akan menerima semua vaksin yang diiktiraf oleh WHO.

“Semua vaksin yang dibekalkan kepada Malaysia juga adalah vaksin yang telah diiktiraf oleh WHO,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Inspirasi Qaseh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Kampung Sering di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi dilaporkan membuat ketetapan hanya jemaah yang menerima vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan haji, sekali gus menimbulkan keresahan rakyat Malaysia yang menerima vaksin Sinovac. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI