fbpx

Media tempatan diseru bantu usaha kekang berita palsu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Agensi media dan berita tempatan pelbagai medium diseru supaya mempergiatkan usaha bagi mengenal pasti dan membongkarkan berita palsu di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mereka juga diseru supaya meningkatkan kesedaran tentang ancaman berita palsu dan langkah-langkah untuk mencegahnya.

“Berita palsu dilihat berpotensi menggugat usaha kita dalam memerangi Covid-19 serta memelihara kesejahteraan dan kestabilan negara.

“Pihak media juga memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam memerangi berita palsu sejak bermulanya krisis ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Saifuddin berkata, sebanyak 464 berita palsu berjaya ditangkis oleh Pasukan Respons Pantas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sejak Mac tahun lalu.

Menurutnya, kebelakangan ini terdapat peningkatan ketara dalam penyebaran maklumat atau berita palsu, sama ada tentang pandemik Covid-19, vaksinasi, kesihatan, isu sosial  mahupun isu politik. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI