fbpx

‘Bukan semua suka ambil kesempatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan antara pengguna Twitter dengan seorang wanita yang tular di laman sosial itu semalam.

PETALING JAYA – Ketika ramai yang mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain, masih ada lagi yang ikhlas dan menolak sumbangan selepas bantuan yang diperlukan sudah mencukupi.

Kisah keikhalasan dan kejujuran seorang wanita itu telah dikongsi di laman Twitter oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @zulkiflab menerusi satu tangkap layar perbualannya di WhatsApp.

Menurut @zulkiflab, dia ada menawarkan bantuan kepada wanita tersebut selepas mengesan wanita itu mengangkat bendera putih menerusi aplikasi kitajaga.co.

“Saya nampak bendera putih puan kat app kitajaga.co, puan masih memerlukan bantuan?,” soal @zulkiflab.

Bagaimanapun, wanita tersebut menolak tawaran @zulkiflab dan memberitahu bahawa bantuan sudah mencukupi.

“Setakat ini, alhamdulilah sudah ada yang bantu sejak dari semalam, barang keperluan anak juga sudah mencukupi, terima kasih ya,” balas wanita itu.

Sikap jujur wanita itu telah menyentuh perasaan orang ramai yang rata-rata memuji tindakannya yang tidak mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain walaupun sedang berada dalam kesusahan.

“Orang susah tahu malu sebenarnya, orang yang meminta-minta ni sebenarnya takdalah susah mana pun sebenarnya. Tapi ‘demandnya’ melampau,” ciap @Miangkey.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai @eninxcopiya

“Semoga Allah berikan rezeki tak putus buat kita semua, jadi kita boleh tolong sesama kita,” ciapnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI