KLUANG – Seekor anak gajah betina ditemui mati di dalam Sungai Bahai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Peroh di sini semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin berkata, penduduk menyedari bangkai itu berada di dalam Sungai Bahai kira-kira pukul 9 malam.
“Sebaik mendapat maklumat penduduk dan melalui siasatan awal mendapati gajah tersebut sudah mati kira-kira dua minggu lalu sebelum ditemukan di sungai tersebut.
“Punca kematian sama ada lemas atau sebab lain akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan yang akan dilakukan segera,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, gajah berkenaan dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran dan bangkainya akan ditanam selepas bedah siasat dilakukan.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929