fbpx

Rentas negeri untuk sambutan hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR GAJAH – Enam remaja dikenakan kompaun RM30,000 kerana merentas negeri dari Gemas, Negeri Sembilan ke negeri ini bagi membuat kejutan majlis hari jadi rakan mereka, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kesemua mereka yang berusia 14 hingga 18 tahun itu dikompaun selepas pihaknya melakukan operasi di sebuah rumah di Taman Baiduri di sini pada pukul 5 petang.

“Ketika diperiksa, dua lelaki dan lima perempuan duduk berkumpul di hadapan sebuah rumah di kawasan perumahan tersebut.

“Enam daripadanya telah merentas negeri dari Gemas ke Melaka semata-mata untuk membuat kejutan majlis hari jadi rakan mereka yang menetap di situ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi kesalahan itu, kesemua enam yang merentas negeri dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang.

Siasatan lanjut mendapati, kumpulan remaja itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran merentas negeri.

“Kita masih mengambil keterangan tuan rumah dan kompaun maksimum RM4,000 boleh dikenakan kerana kesalahan menerima tetamu.

“Kita dapati beberapa remaja terbabit datang dari kawasan zon merah yang mencatatkan kes tinggi Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI