fbpx

APMM rampas satu tan ketum bernilai RM180,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (kiri) menunjukkan sebahagian daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand kelmarin.

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kedah menggagalkan cubaan menyeludup keluar satu tan daun ketum di kedudukan 0.1 batu nautika dari muara Kuala Kerpan dekat sini kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya mengesan sebuah bot fiber di lokasi tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Katanya, suspek yang disyaki nelayan itu bertindak menukar arah dan memecut laju menuju ke persisiran pantai sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemui 100 bungkusan plastik berwarna hitam disyaki daun ketum dengan berat dianggarkan satu tan bernilai kira-kira RM180,000.

“Hasil rampasan, bot fiber dan enjin dianggarkan bernilai RM 235,000 dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, penyeludup cuba menyeludup keluar daun ketum ke Thailand melalui jalan laut berikutan harga pasaran semasa di sana mencecah lebih RM180 sekilogram berbanding pasaran tempatan kira-kira RM40 sekilogram. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI