fbpx

Pengikut sejuta, tapi mana semuanya? – Atikah Suhaime

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atikah mengakui tidak pernah membeli pengikut media sosial dan jumlah itu diperolehi setelah sembilan tahun berada dalam industri sebagai anak seni.

PETALING JAYA – Pelakon Atikah Suhaime pelik apabila setiap hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya kurang mendapat sambutan dan perhatian sejak kebelakangan ini.

Menerusi InstaStory, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime meminta pendapat pengikutnya mengenai apa sebenarnya yang terjadi kepada akaun Instagramnya.

“Algoritma Instagram nampak sedikit pelik sebab saya mempunyai sejuta followers (pengikut), tapi di mana semua likes (tanda suka) dan viewers (tontonan).

“Bolehkah seseorang memberitahu saya apakah sebenarnya yang terjadi,” soalnya.

Pada hantaran sama, pelakon kelahiran Temasek itu turut menegaskan dia tidak pernah membeli pengikut dalam media sosial dan jumlah 1 juta pengikutnya diperolehi setelah sembilan tahun berada dalam industri sebagai anak seni.

Soal pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu lagi, adakah disebabkan dirinya yang kurang memuat naik video seperti TikTok atau aksi comel menjadi punca Instagramnya kurang mendapat perhatian.

“Adakah disebabkan tidak buat TikTok atau saya jarang kongsi video?

“Apakah pengikut mahu saya untuk sentiasa comel 24 jam?,” tanyanya.

Terdahulu, Atikah, 30, pernah bertunang dengan penyanyi Awi Rafael pada Mac 2018 sebelum berpisah pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum pernikahan.

Dia kemudian berkenalan dengan Datuk Lokman Teh pada Julai 2019 dan kini sedang mengecap fasa bahagia bersama kekasih baharunya itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI