fbpx

Orang bunuh diri naik dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang merekodkan kes bunuh diri sebanyak dua kali ganda sepanjang enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah JBPM negeri, Saadon Mokhtar berkata, pihaknya me­nerima 22 aduan kes bunuh diri sejak Januari hingga Jun lalu berbanding hanya sembilan kes bagi tempoh sama pada 2020.

“Pada tahun lalu, kita terima antara satu atau dua kes sahaja sebulan, tetapi pada tahun ini sebanyak enam kes dilaporkan pada Mac dan lapan kes pada Mei.

“Ia satu peningkatan ketara yang berlaku semasa Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP), bahkan angka bagi separuh tahun itu mengatasi jumlah kes sepanjang 2020 iaitu 19 laporan.

“Bagaimanapun, untuk bulan ini, setakat tengah hari ini (semalam) tiada kes bunuh diri yang kita terima,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Menurut Saadon, kejadian bunuh diri di negeri itu membabitkan kes terjun bangunan, membunuh diri di tempat awam dan rumah serta terjun laut.

“Sebanyak lima kes terjun dari Jambatan Pulau Pinang, Jamba­tan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (dua) dan Jambatan Tengku Abdul Rahman (satu) dilaporkan tahun ini.

“Manakala, 14 kes adalah membabitkan kejadian di tempat lain, di rumah dan bangunan kediaman tinggi iaitu empat di Seberang Perai dan 10 kes di bahagian pulau,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow kelmarin, bimbang terhadap 53 kes bunuh diri yang direkodkan polis di negeri ini tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI