AMPANG JAYA – Kegagalan lima premis di daerah ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan mereka dikenakan tujuh kompaun, hari ini.
Tujuh kompaun tersebut dikeluarkan terhadap majikan membabitkan sebuah premis pembuatan makanan, pembuatan kotak makanan, pengeluaran makanan, makanan dan kilang ais.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, operasi melalui Op Patuh itu dijalankan di Jalan Bukit Permai Utama Tiga, Taman Industri Bukit Permai dan Kawasan Perindustrian Taman Kencana bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.
“Kesalahan yang dikenal pasti dilakukan adalah pekerja gagal didaftarkan dalam sistem Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan pekerja gagal mengimbas kod MySejahtera.
“Menerusi operasi itu juga, seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang juga pemilik kilang ais ditahan kerana mengaji pekerja tanpa permit yang sah.
“Polis turut menahan seorang pekerja lelaki warga asing berusia 44 tahun atas kesalahan mempunyai pasport perjalanan tamat tempoh serta melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, kompaun turut dikeluarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terhadap kilang ais terbabit kerana melanggar syarat lesen (menutup premis) daripada beroperasi.
Katanya, pemilik premis dan pekerja berkenaan dibawa ke Mahkamah Ampang, esok bagi permohonan reman. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929