fbpx

Poirier anggap McGregor sudah hilang aura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POIRIER (kiri) dan McGregor akan kembali ke pentas untuk membuat perhitungan ketiga antara mereka esok. - AFP

LONDON – Petinju Amerika Syarikat (AS), Dustin Poirier menyifatkan Conor McGregor tiada aura menjelang pertarungan UFC 264 di Arena T-Mobile, di Las Vegas esok.

Pada Januari lalu, Poirier membuktikan dia seorang jaguh dunia selepas menumbangkan McGregor dengan ‘knockout’ di pusingan kedua dalam saingan UFC 257 di Abu Dhabi.

Keadaan tersebut membuatkan peninju kelahiran Ireland sukar menerima kekalahan itu dan menuntut perlawanan ketiga diadakan. 

Ketika ini, Mcgregor tidak meraih sebarang kemenangan sejak Januari lalu dan Poirier menganggap lawannya itu tidak memiliki tenaga yang sama seperti sebelum ini.

“Bagi saya, McGregor sudah hilang aura. Seorang petinju yang sangat berbahaya duduk di sana tetapi ketika ini saya hanya melihat seorang lelaki.

“Teruskan bersorak untuk perlawanan ini. Tetapi saya hanya melihat seseorang yang pernah saya tumbangkan dan saya mengetahui bahawa saya mampu mengatasinya sekali lagi,” kata Poirier.

Dalam pada itu, McGregor mengakui tidak sabar untuk menumbangkan Poirier selain memuji persembahan lawannya tiga bulan lalu sebagai suatu yang ‘sungguh cemerlang’.

“Saya lebih baik daripada lelaki itu dan ketika ini saya tidak sabar untuk turun ke gelanggang untuk menewaskannya,” kata McGregor yang pernah menewaskan Poirier dalam tempoh 106 saat dalam perlawanan pertama pada September 2014. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI