KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharu berkuatkuasa hari ini.
Perlantikan tersebut dibuat ekoran Tan Sri Zainun Ali melepaskan jawatannya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, Kumpulan dan Lembaga Pengarah MAHB mengucapkan penghargaan kepada Zainun atas sumbangan selama perkhidmatannya dengan kumpulan selama ini.
“Semasa tempoh kerjayanya, Zainun telah bertindak untuk kepentingan terbaik kumpulan pada setiap masa dan sangat teliti dalam memastikan bahawa standard tadbir urus korporat tertinggi dan integriti ditegakkan,” jelas kenyataan itu.
Zainun telah memainkan peranan penting dalam membantu MAHB ketika kumpulan berhadapan dengan krisis rangkaian KLIA pada tahun 2019.