fbpx

Pemuda habis ikhtiar, mohon bantuan di kitajaga.co

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang pengguna Twitter menunjukkan lokasi seorang pemuda meminta bantuan di aplikasi kitajaga.co hari ini.

PETALING JAYA – Mungkin sudah habis ikhtiar, seorang pemuda bernama Muhamad Aizat sanggup menggunakan aplikasi kitajaga.co menggangkat bendera putih untuk meminta bantuan dengan orang ramai.

Satu perkongsian oleh @NinaRuzlan di laman sosial Twitter menjelaskan, dia baru sahaja melihat aplikasi tersebut dan terus menjumpai hantaran meminta bantuan yang dilakukan oleh pemuda terbabit.

“Baru je tengok-tengok sekeliling Shah Alam da I found this di aplikasi inis. Ya Allah macamana nak tolong ya, terkedu,” ciapnya hari ini.

Perkongsian tersebut menyaksikan Muhamad Aizat meminta bantuan tempat tinggal dan menyatakan dia sudah hilang punca pendapatan hampir setahun manakala sudah sembilan bulan tidur di dalam kereta di sekitar Hospital Shah Alam.

“Wang simpanan saya sudah habis untuk menampung perbelanjaan saya dan tiadk mampu untuk menyewa bilik. Saya harap ada insan yang mampu untuk beri saya penginapan sehingga pandemik berakhir.

“Saya sudah tidak tak larat berpanas hujan dalam kereta dan menumpang mandi di Hospital Shah Alam pada sebelah malam,” ujar pemuda tersebut. K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI