fbpx

Pelanggan ramai lepas tahu pengusaha trak masih ‘single’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di kawasan setempat sememangnya menyenangi True kerana skil memasaknya yang hebat. – Stephen Daniels

LONDON – Seorang pengusaha trak makanan mendedahkan dia menerima pelanggan tiga kali ganda lebih ramai selepas mereka mendapat tahu mengenai statusnya yang belum berpunya, lapor akhbar The Sun semalam.

Emma True, 41, sebelum itu menyertai program mencari jodoh anjuran  sebuah stesen radio di Britain. Dia kemudian mula dikenali ramai, manakala pelanggan yang mengunjungi trak makanannya juga bertambah.

Bukan itu sahaja, malah ada pelanggan yang mengajaknya keluar temu janji, menulis puisi kepadanya dan menghadiahkan bunga.

“Saya tidak pernah menerima perhatian seperti ini. Barisan pelanggan yang beratur amat panjang,” katanya.

Tambah True, dia dahulunya sering keluar dengan lelaki yang ‘nakal’ , namun kini berasakan sudah tiba masanya untuk dia mengakhiri status bujangnya.

“Saya tidak mempunyai sejarah kehidupan yang baik, jadi adik saya sering merancang janji temu untuk saya.

“Saya cuma inginkan seorang lelaki yang dapat melayan saya dengan baik,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pelanggan True berkata, masyarakat di sekitar kawasan tersebut sememangnya menyenangi ibu kepada seorang anak itu.

“Dia menghilangkan rasa lapar penduduk di sini dengan skil memasaknya yang hebat.

“Sejak berita mengenai dirinya yang sedang mencari pasangan hidup tersebar, semua orang ingin mencuba nasib,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN